Tuesday 28 January 2014


Assalammualaikum semua. Balik dari keja semalam cadang tu tak nak makan nasi, so saya pun masak le masakan ini iaitu sup ayam macaroni sesuai sebagai menu diet.

Bahan - bahannya
5 potong ayam dipotong agak kecil
1 cawan macaroni
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 labu bawang besar dipotong empat
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cawan air
Perencah sup bunjut
sedikit garam

Bahan hiasan
Sedikit daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng jika suka.

Cara-caranya
Tumiskan bawang sehingga kuning, kemudian masukkan air, ayam, perencah sup bunjut, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kemudian masukkan macaroni, tunggu juga sehingga macaroni agak kembang dan lembut. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan ditabur bahan hiasan tadi ok. Selamat mencuba !!!! Tidur malam anda juga lena sebab tak ambil makan malam yang heavy.



No comments:

Post a Comment