Nasi Lemak King
Assalammualaikum. Apa khabar semua ? Menu kita di hari cuti ni ialah diberi nama nasi lemak king. Punya le lama nak siapkannya...namun berbaloi juga. eeeemmmm...Istimewa untuk anakanda Putera yang balik bercuti.
Tuesday 28 January 2014
Assalammualaikum semua. Balik dari keja semalam cadang tu tak nak makan nasi, so saya pun masak le masakan ini iaitu sup ayam macaroni sesuai sebagai menu diet.
Bahan - bahannya
5 potong ayam dipotong agak kecil
1 cawan macaroni
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 labu bawang besar dipotong empat
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cawan air
Perencah sup bunjut
sedikit garam
Bahan hiasan
Sedikit daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng jika suka.
Cara-caranya
Tumiskan bawang sehingga kuning, kemudian masukkan air, ayam, perencah sup bunjut, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kemudian masukkan macaroni, tunggu juga sehingga macaroni agak kembang dan lembut. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan ditabur bahan hiasan tadi ok. Selamat mencuba !!!! Tidur malam anda juga lena sebab tak ambil makan malam yang heavy.
Sunday 26 January 2014
Saturday 25 January 2014
Sarapan pagi
Apa khabar Kawan-kawan ? Sarapan pagi sabtu kita ialah Char Keow Teow. Boleh tahan juga le..Menggunakan sebungkus Keow Teow, bawang tumisan, sedikit air, Sos botol Char Keow Teow, sawi, tauqeh, telor, udang, ayam dan apabila dah siap untuk dihidangkan diletak pula telor mata. Bagi menambah kepedasan dipotong cili api yang ditambah kicap. Pasti menyelerakan dan dapat memberi semangat untuk memulakan pagi sabtu yang ceria.
Gambar ??? oopppsss tak sempat nak ambil ...tahu..tahu...dah habis Char Keow Teow istimewa tu, he...he.. Cuba cite cuba cite...sari lepas tu buat gi...ini le gambarnye..tapi kali ni dalam char keow teow tu diletakkan satu sudu kecil kicap pekat..selamat mencuba.
Gambar ??? oopppsss tak sempat nak ambil ...tahu..tahu...dah habis Char Keow Teow istimewa tu, he...he.. Cuba cite cuba cite...sari lepas tu buat gi...ini le gambarnye..tapi kali ni dalam char keow teow tu diletakkan satu sudu kecil kicap pekat..selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)