Tuesday 31 December 2013

Assalammualaikum dan selamat tahun baru 2014. Apa azam anda di tahun baru  ? Saya pula berazam untuk menjadi yang lebih baik, lebih positif, lebih maju...pendekkata biar lebih dari tahun tahun yang lalu...Insyaallah doakan ye...Oh ye seronok betul bercuti bersama anakanda baru-baru ini sempena cuti sekolah. Saat-saat akhir cuti sempat juga saya dan anakanda bersama sama meluangkan masa bersama dengan membuat 'Ais cream goreng'. Hasilnya memang terbaik, anakanda tak habis habis memuji...eeemm sedap ibu.

Saturday 28 December 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali saya.
Saya mendoakan agar semua bergembira selalu melalui detik detik penuh bermakna di dalam kehidupan ini bersama orang orang yang tersayang dan tak nak sedih-sedih tau...terutamanya time cuti-cuti begini.
Petang sabtu begini teringin pula nak makan bubur gandum. Di sini saya share gambar hasil masakan saya untuk makan petang sabtu. 







Kari kepala ikan.....emmmm...Apa pendapat anda ?

Thursday 26 December 2013

Assalammualaikum warohmatullahhiwabarokatuh juga salam satu Malaysia.

Sempena hari yang baik ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada rakan-rakan blog, sahabat handai, saudara saudari semuanya. Semoga azam di tahun baru ini Insyaallah dapat direalisasikan dan seterusnya memajukan diri. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama.

Wasalam.

Wednesday 25 December 2013

 Inilah 2 resepi utama untuk santapan malam ni khas untuk keluarga. Simpel, segar dan sedap.

Daging goreng black paper

Bahan-bahan

Daging
bawang besar
Lada hitam serbuk
Serbuk kunyit
Garam

Cara-caranya
                                         
Daging yang telah digaul dengan kunyit serta sedikit garam digoreng. Lalu dimasukkan lada serbuk. Apabila daging telah empuk bolehlah dimasukkan bawang besar yang telah dihiris bulat. Siap untuk dihidangkan. Jika mahu boleh dihias dengan hirisan cili merah.

 Mudahkan.Selamat mencuba kepada saudara saudari sekelian.....siapa2pun boleh buat....kacanggg.           * Sukatan bahan-bahan ikut suka le..                                                    
                                         



 



Ayam bercili 3 rasa

Bahan-bahan

Ayam
kunyit
garam 
sedikit gula

Bahan dimesin

Cili merah
Bawang besar
Air asam jawa


Cara-caranya
Ayam yang telah digaram kunyitkan digoreng. Apabila ayam telah masak  masukkan bahan yang telah dimesin atau ditumbuk ke dalam kuali tadi. Lalu diletak sedikit gula. Siap untuk dihidangkan.

Rasanya sedap ada masam, manis dan pedas. * Cili pula dimesin agak kasar supaya lebih enak. Pendekkata leleh air liur. Selamat mencuba.



Semangat di tahun baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hobi saya antaranya adalah memasak, oleh itu terwujudlah blog Juemasakmasak.blogspot.com ini.
Bertujuan suka suka je disamping menyebarkan ilmu yang ada ini walaupun tak seberapa.