Sunday 2 March 2014

Nasi Lemak King
Assalammualaikum. Apa khabar semua ? Menu kita di hari cuti ni ialah diberi nama nasi lemak king. Punya le lama nak siapkannya...namun berbaloi juga. eeeemmmm...Istimewa untuk anakanda Putera yang balik bercuti.
Ayam goreng kunyit berhiaskan brokoli



Tuesday 28 January 2014


Assalammualaikum semua. Balik dari keja semalam cadang tu tak nak makan nasi, so saya pun masak le masakan ini iaitu sup ayam macaroni sesuai sebagai menu diet.

Bahan - bahannya
5 potong ayam dipotong agak kecil
1 cawan macaroni
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 labu bawang besar dipotong empat
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cawan air
Perencah sup bunjut
sedikit garam

Bahan hiasan
Sedikit daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng jika suka.

Cara-caranya
Tumiskan bawang sehingga kuning, kemudian masukkan air, ayam, perencah sup bunjut, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kemudian masukkan macaroni, tunggu juga sehingga macaroni agak kembang dan lembut. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan ditabur bahan hiasan tadi ok. Selamat mencuba !!!! Tidur malam anda juga lena sebab tak ambil makan malam yang heavy.



Sunday 26 January 2014


Add caption
Ini pula gambar semasa pertandingan memasak khasnya kari kepala ikan yang saya  ambil semasa melancong di atas kapal Star Cruises - Superstar Libra pada 22 Ogos 2013 juga sempena ulangtahun saya.


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Add caption

Saturday 25 January 2014

Sarapan pagi

Apa khabar Kawan-kawan ? Sarapan pagi sabtu kita ialah Char Keow Teow. Boleh tahan juga le..Menggunakan sebungkus Keow Teow, bawang tumisan, sedikit air,  Sos botol Char Keow Teow, sawi, tauqeh, telor, udang, ayam dan apabila dah siap untuk dihidangkan diletak pula telor mata. Bagi menambah kepedasan dipotong cili api yang ditambah kicap. Pasti menyelerakan dan dapat memberi semangat untuk memulakan pagi sabtu yang ceria.
Gambar ??? oopppsss tak sempat nak ambil ...tahu..tahu...dah habis Char Keow Teow istimewa tu, he...he..   Cuba cite cuba cite...sari lepas tu  buat gi...ini le gambarnye..tapi kali ni dalam char keow teow tu diletakkan satu sudu kecil kicap pekat..selamat mencuba.